10 tahun berkelana mencari pengalaman, pemain kelahiran Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak, anggap musim 2021 adalah waktu paling sesuai untuk dia kembali tabur bakti dengan pasukan negeri kelahiran.<br />Bakal memegang tanggungjawab sebagai Kapten, Zaquan ujar dia nekad mahu kembali membawa Negeri Sembilan FC ke pentas Liga Super bagi musim 2022.
